RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 TATACARA PENGGUNAAN DOKUMEN Dokumen ini hendaklah digunakan sebagai dokumen rujukan bagi agensi Sektor Awam Malaysia dalam menyediakan polisi keselamatan siber masing-masing. Di peringkat projek, dokumen ini hendaklah dirujuk untuk merangka Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat. Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah mengandungi maklumat mengikut struktur rangka kerja yang terdapat dalam dokumen ini. Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah disemak semula secara tahunan atau lebih kerap mengikut keperluan. Kawalan tambahan boleh dibangunkan dan diguna pakai untuk mengambil kira keperluan tahap keselamatan yang lebih tinggi bagi sektor tertentu seperti penguatkuasaan undang-undang, keselamatan nasional. Dokumen tambahan boleh dibangunkan oleh Kerajaan untuk memperincikan aspek tertentu dalam rangka kerja ini. Agensi pengauditan boleh menggunakan dokumen ini untuk memastikan Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi pelaksanaan sistem ICTadalah lengkap dan menentukan tahap keselamatan dan kematangan sistem. Rajah 1 menerangkan kepada agensi-agensi Sektor Awam berkenaan hirarki dokumen yang perlu dirujuk bagi merancang perlindungan keselamatan siber. Rajah 1 : Hirarki Rujukan Dokumen Terdapat tiga (3) peringkat dalam pembangunan polisi keselamatan siber. Peringkat teratas adalah halatuju polisi umum melalui Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam. Peringkat seterusnya adalah Polisi Keselamatan Siber Jabatan yang memberi perhatian kepada isu-isu khusus Jabatan. Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat dengan berpandukan RAKKSSA, Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam, Polisi Keselamatan Siber Jabatan © RAKKSSA 6

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents